1 Makabe 1:25-41-42 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

25. Di seluruh Israel, orang ditimpa kesedihan besar.

26. Para penguasa dan tua-tua berkeluh-kesah,pemuda dan pemudi kita merana,kaum wanita kehilangan kecantikan mereka.

27. Setiap mempelai lelaki menyanyikan lagu ratapandan pengantin wanita berkabung di biliknya.

28. Seluruh rakyat Israel berasa malu,negeri kita goyah kerana penduduknya.

29. Dua tahun kemudian, Raja Antiokhus mengirim seorang ketua pemungut cukai ke kota-kota di Yudea. Dia datang ke kota Yerusalem dengan sepasukan tentera yang besar,

30. dan bercakap ramah dengan rakyat. Dia berpura-pura menawarkan perjanjian perdamaian, dan rakyat percaya kepadanya. Tiba-tiba dia menyerang kota itu dan menyebabkan kerosakan yang teruk; banyak orang Israel binasa.

31. Kota dirompak lalu dibakar; rumah-rumah dan seluruh tembok kota dirobohkan.

32. Ternakan dirampas dan kaum wanita serta anak-anak diangkut sebagai tawanan.

33. Kemudian bahagian kota di sebelah utara Rumah Tuhan diperkuat dengan tembok-tembok yang tinggi dan kukuh serta menara-menara yang sangat kuat, dan tempat itu dijadikan kubu mereka.

34. Di situ mereka menempatkan sekelompok pemberontak Yahudi yang berdosa dan pelanggar-pelanggar hukum untuk memperkuat pertahanan.

35. Mereka juga memasukkan senjata dan makanan serta semua barang rampasan dari Yerusalem. Kubu itu merupakan ancaman besar bagi kota.

36. Kubu itu menjadi ancaman bagi Rumah Tuhan,musuh jahat yang terus mengadang Israel.

37. Orang yang tidak bersalah dibunuh di sekeliling mazbahyang dicemarkan oleh penumpah darah.

38. Penduduk Yerusalem lari ketakutandan kota itu menjadi kediaman orang asing.Yerusalem menjadi asing bagi penduduknya sendiriyang terpaksa meninggalkannya.

39. Rumah Tuhan sepi seperti padang gurun,hari-hari perayaannya menjadi hari perkabungan.Hari Sabat menjadi kehinaan,kehormatannya menjadi bahan tertawaan.

40. Penghinaannya sekarang sebesar kemuliaannya dahulu;keagungannya sudah menjadi perkabungan.

41-42. Kemudian Raja Antiokhus mengeluarkan perintah yang mewajibkan semua bangsa dalam wilayah kerajaan baginda untuk meninggalkan adat istiadat masing-masing dan menjadi satu bangsa. Semua bangsa asing mentaati perintah itu.

1 Makabe 1