1 Makabe 1:13-28 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

13. Beberapa orang antara mereka rela menghadap raja, dan raja mengizinkan mereka untuk mengikut adat istiadat bangsa-bangsa lain.

14. Di Yerusalem mereka membina sebuah stadium seperti yang terdapat di kota-kota Yunani.

15. Mereka menghilangkan bekas sunat mereka dan meninggalkan perjanjian dengan Allah. Mereka bergabung dengan bangsa-bangsa asing dan melakukan kejahatan.

16. Ketika Raja Antiokhus melihat bahawa pemerintahan baginda sudah mantap, baginda berniat menakluki Mesir dan memerintah negeri itu juga.

17. Baginda menyerbu Mesir dengan sebuah armada yang besar dan tentera yang kuat, termasuk kereta kuda-kereta kuda perang dan gajah-gajah.

18. Dalam serangan itu Raja Ptolemeus, raja Mesir dikalahkan; Ptolemeus melarikan diri dan antara para askar baginda, banyak yang gugur.

19. Raja Antiokhus berjaya merebut kota-kota berkubu di Mesir dan merompak seluruh negeri.

20. Sesudah Mesir dikalahkan dalam tahun 143, Raja Antiokhus kembali, dan dengan tentera yang amat besar baginda menyerbu negeri Israel dan kota Yerusalem.

21. Dengan bongkaknya baginda masuk ke dalam Rumah Allah dan mengambil mazbah emas, kaki pelita dengan segala perlengkapannya,

22. meja untuk roti sajian, cawan-cawan dan mangkuk-mangkuk, pedupaan daripada emas, tirai dan mahkota-mahkota. Semua perhiasan emas di bahagian hadapan Rumah Allah juga direnggutnya.

23. Baginda mengambil apa sahaja daripada emas dan perak serta semua barang berharga dan harta tersembunyi yang ditemukannya di situ.

24. Semuanya diangkut baginda ke negerinya sendiri. Baginda telah membunuh banyak orang dan dengan sombong menghebahkan apa yang dilakukannya.

25. Di seluruh Israel, orang ditimpa kesedihan besar.

26. Para penguasa dan tua-tua berkeluh-kesah,pemuda dan pemudi kita merana,kaum wanita kehilangan kecantikan mereka.

27. Setiap mempelai lelaki menyanyikan lagu ratapandan pengantin wanita berkabung di biliknya.

28. Seluruh rakyat Israel berasa malu,negeri kita goyah kerana penduduknya.

1 Makabe 1