12. Usul itu disambut baik.
13. Beberapa orang antara mereka rela menghadap raja, dan raja mengizinkan mereka untuk mengikut adat istiadat bangsa-bangsa lain.
14. Di Yerusalem mereka membina sebuah stadium seperti yang terdapat di kota-kota Yunani.
15. Mereka menghilangkan bekas sunat mereka dan meninggalkan perjanjian dengan Allah. Mereka bergabung dengan bangsa-bangsa asing dan melakukan kejahatan.
16. Ketika Raja Antiokhus melihat bahawa pemerintahan baginda sudah mantap, baginda berniat menakluki Mesir dan memerintah negeri itu juga.
17. Baginda menyerbu Mesir dengan sebuah armada yang besar dan tentera yang kuat, termasuk kereta kuda-kereta kuda perang dan gajah-gajah.
18. Dalam serangan itu Raja Ptolemeus, raja Mesir dikalahkan; Ptolemeus melarikan diri dan antara para askar baginda, banyak yang gugur.
19. Raja Antiokhus berjaya merebut kota-kota berkubu di Mesir dan merompak seluruh negeri.