5. kamu harus menyerahkan orang itu kepada Iblis supaya tubuhnya dibinasakan. Dengan demikian rohnya boleh diselamatkan pada hari Tuhan datang kembali.
6. Kamu tidak patut sombong! Tentu kamu tahu akan pepatah ini, “Ragi yang sedikit membuat seluruh adunan naik!”
7. Buanglah ragi yang lama, iaitu ragi dosa, supaya kamu menjadi seperti adunan baru yang tidak beragi. Sebenarnya aku tahu bahawa kamu memang demikian. Perayaan Paska kita sudah tersedia, kerana Kristus, domba Paska kita sudah dikorbankan.
8. Marilah kita rayakan Perayaan Paska kita dengan roti yang tidak beragi, iaitu roti yang melambangkan kemurnian dan kejujuran. Janganlah kita rayakan Perayaan Paska dengan roti yang beragi lama, iaitu ragi dosa dan kejahatan.
9. Di dalam suratku yang lepas, aku memberitahu kamu supaya jangan bergaul dengan orang cabul.