1 Korintus 3:11-16 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

11. kerana Allah sendiri sudah menempatkan Yesus Kristus sebagai satu-satunya asas bagi bangunan itu, dan tidak ada asas yang lain.

12. Ada orang yang menggunakan emas, perak, atau batu permata untuk mendirikan bangunan di atas asas itu. Ada juga orang yang menggunakan kayu, rumput kering ataupun jerami.

13. Tetapi mutu kerja setiap orang akan kelihatan pada hari Kristus datang kembali, kerana pada hari itu api akan menyatakan kerja setiap orang. Api akan menguji dan menentukan mutu kerja setiap orang.

14. Jika apa yang didirikan di atas asas itu tahan api, pembinanya akan menerima pahala.

15. Tetapi jika kerja seseorang terbakar, dia akan rugi. Dia sendiri akan selamat, seperti orang yang melepaskan diri daripada api.

16. Tentu kamu tahu bahawa kamu tempat kediaman Allah, kerana Roh Allah tinggal di dalam kamu!

1 Korintus 3