55. “Hai maut, di manakah kemenanganmu?Hai maut, di manakah sengatmu?”
56. Sengat maut itu dosa, dan dosa mendapat kuasa daripada Taurat.
57. Tetapi kita bersyukur kepada Allah yang memberikan kemenangan kepada kita melalui Yesus Kristus Tuhan kita!
58. Oleh itu, saudara-saudara yang aku kasihi, hendaklah kamu teguh dan kukuh. Hendaklah kamu rajin bekerja untuk Tuhan, kerana kamu tahu bahawa semua yang kamu lakukan untuk Tuhan, tidak sia-sia.